Wednesday, July 24, 2013

Updates Again

Isnin 22 Julai 2013,

Hari ni Yb Nolee terlibat dengan pembentangan kertas cadangan dari pelbagai agensi yang berkaitan dengan pelancongan dan kebudayaan. Yb Nolee merupakan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Kesihatan Negeri Perak.

Situasi masa pembentangan




Antara salah satu cadangan yang diperkenalkan masa pembentangan iaitu Beca Elektrik jenama GWheel. Kenderaan mesra alam Kenderaan ni sangat menjimatkan disamping dapat mengurangkan kos dari segi penyelenggaraan. Beca elektrik ini dari Syarikat Revolution Manufacturing Sdn. Bhd.



2.30 petang pula diadakan Majlis Sidang Akhbar bagi Program Semarak Ramadhan Berita Harian
** Gambar seperti di bawah**




Penyerahan dan pertukaran Program Semarak Ramadhan Berita Harian
Selasa 23 Julai 2013,

- Yb bersama temujanji dengan rakyat di SUK-


Yb Nolee sedang bertemu rakyat


Sedang menunggu giliran untuk bertemu Yb Nolee

Tuesday, July 16, 2013

Selasa 16 Julai 2013
9.00 pagi

Hari ni di Pejabat SUK diadakan Hari Bersama Rakyat pada setiap hari Selasa. Ramai jugak la yang datang pada hari ni. Sedikit bancian telah dilakukan mengenai tahap kepuasan rakyat terhadap Yb Nolee.


Situasi sekitar Hari Bersama Rakyat, 



4.00petang
Manakala pada sebelah petangnya pula diadakan perjumpaan Yb Nolee bersama Datuk Bandar Ipoh, Datuk Roshidi. Perbincangan bagi meningkatkan dan memperkasakan lagi pelancongan di negeri Perak.



9.00 malam
Pada sebelah malamnya pula, Yb Nolee telah mengadakan 'Program Derma Darah Waktu Malam Bulan Ramadhan'. 











Monday, July 15, 2013

Isnin 15 Julai 2013
9.30 pagi

Hari kedua bertugas, saya ditempatkan di pejabat Yb Nolee. Saya telah ditugaskan untuk membuat paperwork mengenai kesedaran terhadap kebersihan di negeri Perak. Tujuan kempen ini adalah untuk memupuk kesedaran dalam kalangan masyarakat mengenai pentingnya menjaga kebersihan bagi memastikan kesihatan dan persekitaran yang bersih, ceria dan selamat.
Jumaat 12 Julai 2013
10.30 pagi bertempat di Bangunan SUK Negeri Perak

Assalamualaikum wbt

Hari ni merupakan hari pertama saya melapor diri pada Yb Nolee Ashilin. Alhamdulillah, selesai melapor diri
sesi berkenalan dan beramah mesra bersama pegawai-pegawai dan pembantu kanan Yb.

Selepas itu, saya dibawa untuk mengikut Yb ke Pusat Penerangan Pelancongan Ipoh (ITIC) berkenaan aduan yang diterima Yb mengenai kekurangan staf di sana.





Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.Salam Perak Amanjaya. Saya pelatih Amanjaya Internship Programme 2013. Program ni bermula dengan watikah perlantikan yang diadakan di Bangunan Umno Negeri Perak pada 9 Julai 2013 sehingga 9 September 2013. Saya telah ditugaskan untuk berkhidmat dan membantu Yb Nolee dalam tugas-tugas beliau. 




Yb Nolee Ashilin bt Dato' Mohammed Radzi
Pengerusi Jawatankuasa  Kesihatan, Pelancongan dan Kebudayaan Negeri Perak