Thursday, January 16, 2014

Lagu Bulan Januari

Lagu ni memang best! Mula mula dengar lagu ni masa tu otw ke Genting untuk retreat. Ingatkan band dari Indonesia yang nyanyi...sekali Ajai. Haaa...hambik kau.Ahahahaha... Lagu ni sangat la rancak.

Apapun kita layaaannnn dulu


Aduh by Ajai

Berdiri di sebalik awan hitam yang berkepulan

Tiada pandangan yang dapat ku perlihatkan
Hanya wajah yang selalu ada di ruang mata ini
Yang sudah terlalu jemu dari pandangan
Sudah tiba masanya ku harus berdiri tanpamu 
Menggantikan dengan awan putih yang memutih
Bila aku sudah tiada baru kau kan merasai

Bagaimana oh rasanya kehilangan


Korus


Aduh sayang aduh kasih
Aku dah bosan dengan caramu
Aduh usah aduh engkau
Cuba kembali pada diriku
Kerna aku dah tahu
Apa yang kau lakukan
Kerna aku tahu

Kita tak sehaluan
Walaupun ku tahu kan separuh mati merindui kamu

Namun harus ku cuba ‘tuk melupakan dia
Tangani semua ini dengan akal fikiranku
Biar engkau kan tahu ku tak cintamu


http://www.youtube.com/watch?v=bieCH5iJu9A




Note 1

Perjalanan ini tidak pasti apa yang ada di hadapan. Segalanya penuh dengan pertanyaan. Demikianlah juga dengan sifat insan yang penuh dengan persoalan, penuh dengan teka teki. Namun, tuhan lebih mengetahui apa yang tersembunyi di sebalik setiap kejadian.

Wednesday, July 24, 2013

Updates Again

Isnin 22 Julai 2013,

Hari ni Yb Nolee terlibat dengan pembentangan kertas cadangan dari pelbagai agensi yang berkaitan dengan pelancongan dan kebudayaan. Yb Nolee merupakan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Kesihatan Negeri Perak.

Situasi masa pembentangan




Antara salah satu cadangan yang diperkenalkan masa pembentangan iaitu Beca Elektrik jenama GWheel. Kenderaan mesra alam Kenderaan ni sangat menjimatkan disamping dapat mengurangkan kos dari segi penyelenggaraan. Beca elektrik ini dari Syarikat Revolution Manufacturing Sdn. Bhd.



2.30 petang pula diadakan Majlis Sidang Akhbar bagi Program Semarak Ramadhan Berita Harian
** Gambar seperti di bawah**




Penyerahan dan pertukaran Program Semarak Ramadhan Berita Harian
Selasa 23 Julai 2013,

- Yb bersama temujanji dengan rakyat di SUK-


Yb Nolee sedang bertemu rakyat


Sedang menunggu giliran untuk bertemu Yb Nolee

Tuesday, July 16, 2013

Selasa 16 Julai 2013
9.00 pagi

Hari ni di Pejabat SUK diadakan Hari Bersama Rakyat pada setiap hari Selasa. Ramai jugak la yang datang pada hari ni. Sedikit bancian telah dilakukan mengenai tahap kepuasan rakyat terhadap Yb Nolee.


Situasi sekitar Hari Bersama Rakyat, 



4.00petang
Manakala pada sebelah petangnya pula diadakan perjumpaan Yb Nolee bersama Datuk Bandar Ipoh, Datuk Roshidi. Perbincangan bagi meningkatkan dan memperkasakan lagi pelancongan di negeri Perak.



9.00 malam
Pada sebelah malamnya pula, Yb Nolee telah mengadakan 'Program Derma Darah Waktu Malam Bulan Ramadhan'. 











Monday, July 15, 2013

Isnin 15 Julai 2013
9.30 pagi

Hari kedua bertugas, saya ditempatkan di pejabat Yb Nolee. Saya telah ditugaskan untuk membuat paperwork mengenai kesedaran terhadap kebersihan di negeri Perak. Tujuan kempen ini adalah untuk memupuk kesedaran dalam kalangan masyarakat mengenai pentingnya menjaga kebersihan bagi memastikan kesihatan dan persekitaran yang bersih, ceria dan selamat.
Jumaat 12 Julai 2013
10.30 pagi bertempat di Bangunan SUK Negeri Perak

Assalamualaikum wbt

Hari ni merupakan hari pertama saya melapor diri pada Yb Nolee Ashilin. Alhamdulillah, selesai melapor diri
sesi berkenalan dan beramah mesra bersama pegawai-pegawai dan pembantu kanan Yb.

Selepas itu, saya dibawa untuk mengikut Yb ke Pusat Penerangan Pelancongan Ipoh (ITIC) berkenaan aduan yang diterima Yb mengenai kekurangan staf di sana.